Paparan Chromalight dan kanta Siklops
Untuk keterbacaan yang optimum
Dilengkapi paparan Chromalight dan kanta Siklops, Yacht-Master menggabungkan dua ciri Rolex eksklusif yang menjadikan dail mudah dibaca.
Paparan Chromalight memberikan keterbacaan yang optimum tanpa mengira keadaan cahaya. Bahan pendarkilau digunakan oleh pakar pada jarum dan penanda jam besar yang mempunyai bentuk ringkas (segi tiga, bulatan dan segi empat tepat) yang merupakan ciri jam tangan profesional Rolex. Bersinar putih terang pada waktu siang, bahan ini memancarkan kilauan biru pekat dalam keadaan gelap.
Paparan Chromalight yang diperkenalkan pada tahun 2008, telah dioptimumkan pada tahun 2021 untuk mengekalkan keamatan cahaya biru lebih lama. Prestasi bahan pendarkilau ini ternyata melebihi standard yang diperlukan dalam proses pembuatan jam yang biasa.
Direka bentuk untuk meningkatkan keterbacaan tarikh menerusi kesan pembesaran, kanta Siklops merupakan lambang estetika dan juga teknikal jenama ini. Ciptaan Rolex ini telah dipatenkan pada awal 1950-an. Seperti kristal jam tangan, ia diperbuat daripada nilam yang betul-betul kalis calar dan disempurnakan lagi dengan salutan anti-reflektif berganda.