Jam Tangan Baharu 2024

1908

1908
1908

Keanggunan dalam pergerakan

Perpetual 1908 kini boleh didapati dalam platinum 950 dengan dail berwarna biru ais, warna yang khusus untuk jam tangan kami dalam logam berprestij ini. Pada dail ini yang dihiasi dengan motif biji beras, cahaya memantul dari corak yang dibangkitkan, menghasilkan pelbagai pantulan dengan setiap pergerakan pergelangan tangan. Menegaskan identiti uniknya dengan keanggunan dan kehalusan, 1908 baharu adalah sebuah mahakarya visual.

Dail motif biji beras

Dail motif biji beras

Pembuatan jam tangan tradisional disegarkan semula

Motif biji beras pada dail dicipta melalui guillochage, atau pusingan enjin – teknik yang menggunakan perkakas pusing untuk mengukir corak geometri ke permukaan. Hiasannya merujuk kepada pembuatan jam tradisional. Namun, reka bentuk seperti roset, berpusat pada pengira saat kecil pada pukul 6, mewujudkan keperibadian luar biasa jam tangan ini. Dengan dail ini, kasmi sedang mengikuti hala tuju yang telah ditetapkan untuk koleksi Perpetual sebagai penghormatan kepada seni klasik pembuatan jam tangan yang diselitkan dengan pengetahuan dan kreativiti jenama.

Penutup platinum 950

Prestij dan kehalusan

Penutup 1908 baharu diperbuat daripada platinum 950, sejenis bahan yang langka dan berharga yang memukau kerana sinarnya yang tiada tandingan serta cahaya putih keperakannya. Dianggap sebagai logam yang paling mulia, ia terkenal dengan rintangan kakisan yang luar biasa. Penutup 39 mm ini, dengan garis yang indah serta bahagian belakang yang lut sinar membolehkan estetika mekanisme yang halus itu dilihat, serta menyaksikan putaran pemberat berayun.

Syot putaran jam Rolex
Syot penutup menghadap hadapan

Tali kulit

Keselesaan dan perbezaan

Kaliber 7140

Prestasi dan keanggunan

Model baru

Dengan ciptaan terbaharunya, Rolex membawakan rupa baharu yang segar bagi beberapa modelnya yang paling ikonik.