1908
39 mm, platinum, kemasan digilap
Rujukan 52506
Unsur klasik yang canggih
Perpetual 1908 mempunyai penutup 39 mm dalam platinum dengan tali kulit buaya.
Permukaan Biru Ais
Pengenalan eksklusif
Permukaan biru ais menampilkan guilloche dengan motif bijirin beras. Reka bentuk seperti roset ini unik kerana adanya corak geometri tiga dimensi yang berulang yang menjangkau bahagian permukaan bermula dari pembilang jarum saat kecil pada pukul 6. Trek minit dikelilingi oleh filet sauté dengan corak berkelim, yang juga merupakan guilloché. Dengan pengenalan permukaan yang dibuat melalui guillochage, atau putaran enjin – teknik yang menggunakan perkakas pusing untuk mengukir corak pada permukaan – Rolex mengikuti hala tuju yang telah ditetapkan untuk koleksi Perpetual bagi memartabatkan seni klasik pembuatan jam tangan yang diterapkan dengan pengetahuan dan kreativiti jenama. Permukaan eksklusif ini mempunyai angka Arab yang sama iaitu 3, 9 dan 12, penanda jam sesegi yang sama dan jarum yang sama seperti versi emas 18 karat.
Warna permukaan eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona dan Perpetual 1908.
Bezel berkubah dan berjejalur
Bezel terbahagi
Jam tangan yang elegan dan kemas ini menampilkan sarung nipis yang dipasang dengan bezel yang sebahagiannya berkubah di bahagian atas dan sebahagiannya berjejalur halus di bahagian bawah.
Platinum
Logam adi terunggul
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa.
Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
Tali yang Mewah
Disesuaikan secara individu
Versi 1908 ini dipasang dengan tali kulit buaya. Tali yang elegan ini tersendiri kerana mempunyai lapisan kulit anak lembu hijau dan jahitan dengan rona yang mirip.
Tali ini dilengkapi dengan Dualclasp, pengancing lipat berganda, dalamplatinum . Kerana bentuk yang direka dengan teliti, Dualclasp sentiasa melekap di tengah-tengah pergelangan tangan.
Lagi butiran teknikal 1908
Rujukan 52506
1908
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.