Lady-Datejust
Oyster, 28 mm, emas kuning dan berlian
Rujukan 279138RBR
Keanggunan elegan
Oyster Perpetual Lady-Datejust ini dalam emas kuning 18 karat mempunyai permukaan Indung mutiara putih, dipasangkan dengan berlian dan rantai Jubilee.
Permukaan Ibu Mutiara
Menyerlahkan kecantikan semula jadi
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Ibu mutiara penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak.
Di Rolex, ibu mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan ibu mutiara adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.
Bezel bertatahkan berlian
Satu simfoni kilauan
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum.
Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Emas kuning 18 karat
Komitmen untuk mencapai kecemerlangan
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih.
Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Rantai Jubilee
Selanjar dan selesa
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.
Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Jubilee, iaitu rantai logam yang mempunyai pautan lima keping yang lembut dan selesa, direka dan dibuat khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945.
Lagi butiran teknikal Lady-Datejust
Rujukan 279138RBR
Lady-Datejust
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.