Wanita perintis begitu penting dalam sejarah Rolex sejak dahulu lagi.
Sejak zaman terawal Rolex, mereka telah memberikan inspirasi kepada penciptaan dan pembangunan jam tangan khas yang akan menyokong usaha pemerkasaan mereka. Lady-Datejust ialah sambutan bagi mereka yang berani memimpin. Jam tangan ini merangkumi ketepatan sambil menggabungkan keanggunan klasik dan prestasi teknikal.
Usaha mencapai tempat teratas memerlukan lebih daripada kerja keras.
Ini memerlukan visi dan keazaman. Sama ada mereka seorang atlet, artis, penjelajah atau saintis, ahli keluarga Rolex ini semuanya merupakan tokoh yang luar biasa. Perkara yang membezakan mereka ialah keazaman dan keghairahan luar biasa mereka untuk berkembang maju. Kisah mereka memberi kita inspirasi untuk menerima cabaran baharu dan mengikuti impian kita.
Wanita pencetus inspirasi
Dengan semangat perintis dan pencapaian mereka yang mengagumkan, ahli keluarga Rolex berkait rapat dengan nilai teras jenama ini. Setiap jam tangan untuk wanita ialah peringatan tentang kehebatan masa lalu dan simbol untuk masa depan yang memberikan inspirasi.