Lady-Datejust

Aneka versi

Keagungan Lady-Datejust

Bezel berjejalur, kubah atau bertatahkan berlian? Permukaan eksklusif dan berkilauan yang berturap berlian atau ibu mutiara dengan warna yang menarik?

Kepelbagaian rupa Lady‑Datejust

Penanda jam yang ringkas atau bertatahkan permata, ataupun angka Roman?

Kepelbagaian rupa Lady-Datejust menjadikan model ini salah satu model yang paling bervariasi dalam koleksi Oyster Perpetual.

Bebayang permukaan
Permukaan kuning
Bebayang permukaan
Mutiara tempurung
Bebayang permukaan
Permukaan champagne
Bebayang permukaan
Permukaan hijau
Bezel bertatahkan permata

Sinaran berlian

Versi Lady-Datejust bertatahkan permata yang dilancarkan pada tahun 2021 mempamerkan kilauan berlian yang menawan yang menghiasi setiap permukaan dan merupakan contoh kepakaran Rolex dalam seni penetapan permata. Ahli gemologi dan penatah permata bekerja secara harmoni untuk menghasilkan sinaran berlian. Seorang memilih batu, manakala yang lain menetapkan batu satu demi satu pada permukaan, bezel, penutup atau rantai. Kerja yang sangat persis ini, diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya, disempurnakan selama bertahun-tahun. Langkah ini diulang beberapa ratus kali ketika menghiasi Lady-Datejust.

Bahan eksklusif

Lady-Datejust menawarkan begitu banyak pilihan sehingga pemakai boleh mendapatkan jam tangan yang mencerminkan keperibadian mereka. Moden ini boleh didapati dalam Oystersteel, dalam emas kuning, putih atau Everose 18 karat, atau dalam versi Rolesor yang menggabungkan Oystersteel dan satu daripada tiga jenis emas (putih, kuning dan Everose).
 

Ketahui lebih lanjut tentang bahan Rolex
Emas kuning

Rolex mempunyai faundri sendiri dan mengadun emas hanya menggunakan logam tulen yang bermutu tinggi.

Emas kuning

Kilauan ajaib emas Everose

Aloi emas merah jambu 18 karat eksklusif ini – dicipta dan dihasilkan oleh Rolex – mempunyai warna yang sedikit terang daripada emas merah jambu standard dan mempamerkan rona kebiruan yang samar. Warna yang canggih dan kontemporari ini begitu sesuai pada jam tangan yang menggabungkan emas dan keluli, yang dikenali sebagai versi Rolesor (gabungan Oystersteel dan emas).

Emas Everose

Penutup Oyster 28 mm

Penutup Oyster 28 mm Lady-Datejust ialah paduan yang sempurna antara keseimbangan, keteguhan dan keanggunan. Penutup tengah berbentuk unik dibuat daripada blok Oystersteel padu yang tahan kakisan atau emas 18 karat. Penutup ini dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki).

Jam tangan Everose

Rantai ikonik

Rantai Jubilee
Rantai Jubilee, rantai yang mempunyai pautan lima keping yang lembut dan selesa, direka khas untuk Datejust yang dilancarkan pada tahun 1945. Pada Lady-Datejust, rantai ini sentiasa dipasang dengan Crownclasp, iaitu pengancing tersembunyi yang elegan.
Rantai Oyster
Rantai Oyster yang anggun dan teguh pada Lady-Datejust dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang membolehkan pemakai menyesuaikan panjang rantai hingga kira-kira 5 mm agar lebih selesa dipakai.
Rantai President
Diperbuat daripada logam berharga, rantai President ialah rantai pautan tiga keping yang dipasang dengan Crownclasp yang tersembunyi. Crownclasp merangkumi sisipan seramik di dalam sambungan untuk meningkatkan kelenturan dan ketahanan. Rantai berprestij ini boleh didapati dalam beberapa Lady-Datejust versi emas 18 karat.
Ketahui lebih lanjut tentang rantai Rolex
Emas putih Lady-Datejust

Kaliber 2236
Mekanisme superlatif

Kaliber 2236
Lady-Datejust dilengkapi dengan kaliber 2236, sebuah gerakan mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni bina kaliber 2236 menjadikan gerakan ini sangat tepat dan boleh dipercayai. Kaliber 2236 dipasang dengan pegas rambut Syloxi dalam silikon yang dihasilkan oleh Rolex dan dipatenkan.
Pegas rambut Syloxi
Tidak sensitif terhadap medan magnet, pegas rambut Syloxi menawarkan kestabilan yang hebat dalam mengatasi variasi suhu dan amat tahan terhadap kejutan. Geometri yang dipatenkan memastikan pegas rambut itu tidak berubah dalam apa-apa keadaan.
Kronometer superlatif
Seperti semua jam tangan Rolex, Lady-Datejust dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan eksklusif ini membuktikan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dijalankan dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang terdapat pada setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.