Paduan yang sempurna antara keseimbangan, keteguhan dan keanggunan. Salah satu barisan paling bervariasi dalam koleksi.
Keanggunan elegan
“Jam tangan klasik, direka untuk wanita.”
Inilah cara sesetengah orang mungkin menggambarkan Oyster Perpetual Lady‑Datejust kami. Mereka mungkin betul. Sejak awal abad ke-20, Rolex telah mereka bentuk dan membuat jam tangan yang sesuai untuk pergelangan tangan setiap wanita dengan standard kecemerlangan yang sama seperti semua model yang telah membina legenda. Jadi, jika “klasik” bermaksud sentiasa mengejar standard yang lebih tinggi, jika itu bermakna mengekalkan tradisi sambil menggabungkan elegan dengan ketepatan, keanggunan dengan ketahanan, kecantikan dengan prestasi… maka Lady-Datejust sememangnya, jam tangan klasik yang direka untuk wanita.
Jam tangan Rolex wanita klasik yang unggul. Dengan glamor, gaya dan prestasi teknikal yang anggun.
Rolex dan wanita sepanjang abad ke-20
Sejak penubuhan, Rolex sentiasa menunjukkan cita-cita yang besar. Pada awal abad ke-20, Rolex percaya bahawa jam tangan harus memanfaatkan teknologi tercanggih dan boleh dipercayai serta tepat sama seperti jam saku, iaitu jam tangan peribadi standard pada masa itu.
Kebolehan untuk menghasilkan gerakan kecil dan tepat yang diperlukan untuk jam tangan merupakan satu cabaran yang akan memenuhi visi pengasas Rolex Hans Wilsdorf. Jam tangan pada masa itu dianggap oleh wanita sebagai barang kemas yang mudah pecah, tetapi beliau bertekad untuk menawarkan pilihan jam tangan yang moden dan boleh dipercayai kepada wanita sepertimana lelaki.
Pada tahun 1914, seutas model Rolex menerima sijil “Kelas A” pertama yang diberikan kepada seutas jam tangan, daripada Balai Cerap Kew di England – pihak berkuasa tertinggi dunia pada masa itu untuk mengukur ketepatan jam tangan. Penghormatan ini adalah, sehingga itu, dikhaskan untuk kronometer marin.
Berikutan kejayaan cemerlang ini, pada tahun 1957 Rolex melancarkan kronometer yang direka khas untuk wanita, seutas jam tangan dengan ketepatan yang diperakui yang bercirikan paparan tarikh. Lady-Datejust dilahirkan, satu lagi mercu tanda dalam pembuatan jam tangan, satu penghormatan buat misi berterusan Hans Wilsdorf: