Day-Date 36

Oyster, 36 mm, emas Everose dan berlian

Rujukan 128345RBR

Pencapaian idaman

Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam emas Everose 18 karat, dengan permukaan Indung mutiara putih, dipasangkan dengan berlian, bezel dipasangkan dengan berlian dan rantai President.

Permukaan Ibu Mutiara

Menyerlahkan kecantikan semula jadi

Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat dan berlian potongan baguette pada jam 6 dan 9. Ibu mutiara penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak.

Di Rolex, ibu mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan ibu mutiara adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.

Bezel bertatahkan berlian

Satu simfoni kilauan

Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum.

Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai President

Kehalusan yang muktamad

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.

Lagi butiran teknikal Day-Date

Rujukan 128345RBR

Day-Date 36

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.