Jam tangan unggul hasil daripada kepakaran pembuatan jam tangan Rolex, Day-Date mengiringi tokoh yang membentuk dunia dalam disiplin masing-masing melalui komitmen, kualiti manusia dan genius kreatif mereka.
Lindsey Vonn Ketabahan ialah sifat semula jadi wanita
Dengan 82 kemenangan Piala Dunia dan tiga pingat Olimpik, Lindsey Vonn mempunyai kerjaya ski yang luar biasa.
Beliau mengalami kemalangan teruk semasa Piala Dunia 2013 yang mengakibatkan kecederaan serius sehingga memaksanya terlepas musim kejuaraan yang lain. Semasa pemulihan, beliau diberikan seutas Day-Date emas kuning 18 karat dengan bezel bertatahkan permata, yang menjadi lambang ketabahan baginya.
Kembali ke lereng untuk musim tahun 2014-2015, Vonn meraih lebih banyak gelaran yang menjadi satu gambaran yang sempurna tentang kekuatan batinnya. Setelah bersara pada tahun 2019 pada umur 35 tahun, beliau terus meluaskan pengaruhnya sehingga hari ini melalui Yayasan Lindsey Vonn yang membiayai program pendidikan dan sukan yang ditujukan untuk generasi muda.
Roger Federer Gerakan yang dicipta semula
Pencapaian beliau dapat menjadi contoh: 20 gelaran perseorangan Grand Slam®, enam juara Pusingan Akhir ATP, lebih daripada 1,200 kemenangan perlawanan kerjaya, dua pingat Olimpik, satu kejuaraan Piala Davis dan 310 minggu menduduki No. 1 dunia. Roger Federer juga terkenal dengan tingkah laku juaranya, perangainya di gelanggang, kehebatan dan keupayaan untuk mencabar dirinya dan terus meningkatkan mutu permainannya. Dengan kualiti ini, beliau dapat bertahan lama dan kekal berada di persada sukan ini selama lebih daripada 15 tahun. Kerjaya kecemerlangan seperti itu tidak mungkin berlaku tanpa penguasaan masa dan elemen yang berterusan. Kisah luar biasa ini menemukan gandingan yang tepat dengan Day-Date yang beliau pakai.
The Big Three Arnold Palmer, Jack Nicklaus, Gary Player Kelab Day-Date
Pada tahun 1960-an dan 1970-an, tiga pemain handalan ini berada di puncak jaya mereka. Sepanjang kerjaya, mereka memenangi sejumlah 34 acara Utama. Malah, legenda tiga pemain golf lelaki ini melampaui kehandalan sukan mereka. Dengan menggabungkan persahabatan, permainan adil dan semangat juang, mereka berjaya membuktikan bahawa kejayaan harus dicapai untuk diri sendiri, bukan untuk menentang orang lain. Pada hari selepas menghadapi pertempuran sengit di padang golf, bukanlah menjadi perkara yang janggal untuk melihat mereka berlatih dan ketawa bersama. Di sebalik kehebatan dan semangat kesukanan mereka, The Big Three juga berkongsi kesetiaan yang erat terhadap Day-Date yang menemani mereka selama hampir lima dekad.
Martin Scorsese Legenda sinematik
Filem-filem Martin Scorsese telah menawan hati penonton di seluruh dunia, 26 filem ceteranya memenangi anugerah yang tidak terkira banyaknya. Pengarah tersohor ini mengikuti haluan dan mengubah medium pilihannya sendiri secara sistematik.
Pengarah yang baik dan berhati mulia ini telah meneroka setiap genre, bermula daripada filem zaman dahulu sehinggalah filem seram, daripada noir kepada muzikal dan juga drama psikologi. Day-Date yang dipakainya mencerminkan kegigihannya dalam mencapai kecemerlangan, begitu juga penghasilan kerjanya yang didorong oleh pencarian kemodenan tanpa mengenal erti lelah.
Chris Evert Sumber inspirasi untuk generasi muda
Di sebalik pencapaian luar biasanya yang memenangi 18 gelaran perseorangan Grand Slam®, Chris Evert telah menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang. Sebagai tokoh wanita utama yang pertama untuk tenis moden, beliau telah banyak menyumbang kepada peningkatan minat orang ramai terhadap sukan ini. Sikapnya yang tenang dan tabah membolehkannya bersinar dalam setiap perlawanan dan mendominasi sukan ini pada tahun 1970-an dan 80-an. Peratusan kemenangan kerjayanya – 90% – masih merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah tenis. “Ketika saya mula memakai Rolex lebih daripada 25 tahun yang lalu, saya sering mendengar kisah tentang Jackie Stewart, Arnold Palmer serta Jack Nicklaus dan kemudiannya Roger Federer. Mereka antara golongan yang tersohor. Mereka bukan sahaja orang yang paling berjaya tetapi juga ahli sukan terbaik dan berbudi pekerti, semuanya adalah tentang kelas dan integriti.”
Gustavo Dudamel Keberanian dan karisma seorang konduktor yang hebat
Apabila Gustavo Dudamel dinobatkan sebagai Pengarah Muzik Opéra national de Paris pada tahun 2021, ini ialah satu lagi detik hebat dalam perjalanan muzikal konduktor yang luar biasa ini. Beliau telah mengubah dunia muzik klasik dengan visi artistik yang menjalinkan tradisi, budaya dan genre muzikal.
Melalui kehadirannya yang dinamik di atas podium dan sokongan gigihnya terhadap pendidikan seni, Dudamel telah memperkenalkan muzik klasik kepada khalayak baharu di seluruh dunia. Beliau diiktiraf sebagai salah seorang konduktor yang paling berjaya dalam generasinya.