Permukaan Datejust

Tarikh yang terpahat

Pada permulaan atau kemuncak kerjaya, ketika menjadi tumpuan atau di sebalik tabir, tarikh yang terpahat dialami oleh mereka yang meraih kejayaan. Jam tangan yang unik, klasik dan abadi, itulah Datejust yang merentas era. Sebagai saksi hari yang istimewa dan lambang keanggunan klasik yang sentiasa berubah, jam ini memahat kenangan demi kenangan. Secara berterusan.

Roger Federer
Keunggulan seorang juara

Terkenal dengan kerjayanya yang luar biasa dan kemenangan yang begitu konsisten, serta didorong oleh keazaman yang tidak berbelah bahagi, ada satu hari yang amat diingati oleh Roger Federer. Pada 5 Julai 2009, beliau memenangi Kejohanan Wimbledon, sekali gus memecahkan rekod Pete Sampras, lantas menjadi lelaki pertama yang merangkul 15 gelaran Grand Slam® perseorangan. Dalam foto yang mengabadikan kejayaan ini sambil menjulang piala, Federer memperagakan Datejust berwarna ungu pada pergelangan tangannya, yang sedondon dengan logo Wimbledon. Hari ini, beliau tetap setia memakai jam tangan ini, yang mengimbau detik unik dan penting dalam kerjaya sukannya.

Roger Federer
Roger Federer

Itu ialah detik yang genting, dan jam tangan ini menjadi pendamping.

Roger Federer

Michael Bublé
Detik-detik keabadian

Garap, atur dan indahkan semula. Michael Bublé telah mengabdikan diri untuk menghidupkan standard jazz dengan menyelitkan keperibadiannya dan menyuntik nafas baharu. Lagu asal yang bersilih ganti dengan himpunan klasik dalam albumnya telah melakar kejayaan di seluruh dunia. Beliau ialah bukti bernyawa bahawa genre “klasik” dan “moden” ialah duo yang saling melengkapi. Setiap persembahan, konsert atau detik bersama telah menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat penyanyi ini dan penontonnya.

Michael Bublé
Iga Świątek

Jam tangan ini sesuai kerana tampak elegan, agak kecil dan ringkas: Saya suka akan keselesaan dan kesederhanaan jam ini dalam kehidupan seharian saya.

Iga Świątek

Iga Świątek
Kemenangan dan pencapaian unggul

Roland-Garros, Sabtu 10 Oktober 2020. Tarikh bersejarah dalam kerjaya Iga Świątek. Ketika berumur 19 tahun, beliau memenangi gelaran Grand Slam® pertamanya di atas gelanggang tanah liat Paris tanpa kalah satu set pun semasa kejohanan itu. Satu tahun setengah kemudian, beliau menjadi pemain No. 1 Dunia dengan kemenangan berturut-turut dalam 37 perlawanan, lantaran kejayaannya pada empat acara WTA 1000, kemenangan keduanya di Roland-Garros dan yang pertama buatnya di Terbuka Amerika Syarikat.

Jam tangan Iga Swiatek
Lara Gut-Behrami

Lara Gut-Behrami
Mencapai kejayaan baharu

Bagi pemain ski Lara Gut-Behrami, musim 2020-2021 mengukir tarikh yang begitu bermakna. Belia memenangi empat perlumbaan Piala Dunia Super-G berturut-turut, kemudian dua pingat emas pada kejohanan dunia di Cortina d’Ampezzo, satu di Super-G, dan satu lagi pada acara slalom gergasi. Selepas itu, beliau merangkul gangsa dalam acara turun bukit. Ekoran keputusan ini, pemain ski Switzerland ini mengukuhkan lagi kerjayanya pada peringkat antarabangsa selepas memenangi Piala Dunia keseluruhan pada tahun 2016 dan gangsa dalam acara turun bukit pada Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Lara Gut-Behrami
Hindou Oumarou Ibrahim

Hindou Oumarou Ibrahim
Berjuang demi bumi

Pada 21 Jun 2021, Hindou Oumarou Ibrahim telah diiktiraf oleh Anugerah Rolex untuk Perusahaan atas usaha beliau dalam mengatasi akibat perubahan iklim di wilayah Tasik Chad. Dengan bantuan dan pengetahuan turun-temurun tentang masyarakat tempatan, ahli geografi Chad ini telah mencipta peta interaktif bagi sumber alam – satu-satunya mata pencarian masyarakat di Sahel. “Generasi muda, wanita mahupun lelaki, berkumpul dan memetakan pengetahuan dan sumber mereka serta mendapat pemahaman yang lebih baik tentang cara berkongsi perkara tersebut,” jelas beliau. Dengan adanya Anugerah Rolex, Hindou Oumarou Ibrahim telah meluaskan skop projeknya dan meluaskan kerjanya ke wilayah lain di Chad dan negara-negara jiran.

Projek Hindou Oumarou