Cosmograph Daytona

Dunia Cosmograph

Perlumbaan Daytona

Menelusuri haluan hidup, mengikut kata hati mereka sendiri

Sejak dilancarkan, Cosmograph Daytona telah menjadi jam tangan pilihan bagi penggemar sukan permotoran. Sepertimana pelakon legenda, pemandu lumba berpengalaman dan usahawan sosial perintis Paul Newman, ramai yang telah memakai jam tangan dalam kehidupan seharian mereka di luar litar lumba. Ini melambangkan keazaman dan keyakinan mereka yang berani menelusuri haluan hidup mengikut kata hati mereka sendiri.

Paul Newman

Sir Jackie Stewart
Keterampilan seorang legenda

Dilahirkan di Scotland pada tahun 1939, Sir Jackie Stewart ialah seorang tokoh yang sangat disegani dalam perlumbaan kereta. Pencapaiannya menjadikan beliau salah seorang pemandu Formula 1® yang paling gah sepanjang 50 tahun yang lalu. Komitmennya terhadap keselamatan pemandu telah membawa perubahan kepada sukan tersebut. Sir Jackie mengambil bahagian dalam 99 Perlumbaan Grand Prix Formula 1®, memenangi 27 acara, merangkul tiga kejuaraan dunia (1969, 1971 dan 1973) dan menghuni tangga podium sebanyak 43 kali. Beliau merupakan seorang Testimoni Rolex sejak tahun 1968. Sebagai penghormatan kepada kerjayanya yang luar biasa, beliau telah dilantik sebagai Marsyal Ulung pada 2012 bagi edisi ulang tahun ke-50 Rolex 24 Di DAYTONA.

Sir Jackie Stewart

Jenson Button
Kecekalan yang tinggi

Karier Formula 1® Jenson Button yang panjang – dari Grand Prix Australia 2000 hingga Grand Prix de Monaco 2017 – mencatat rekod pencapaian yang cemerlang. Pemandu British ini yang terkenal dengan kehebatannya dalam cuaca hujan, memperoleh gelaran kejohanan dunia pada tahun 2009. Kemenangan itu ialah kemuncak perjalanan luar biasa yang bermula dengan go-kart pemberian bapanya sempena Krismas ketika beliau berumur lapan tahun. Selama 17 tahun berkecimpung dalam Formula 1®, beliau mencapai 15 kemenangan Grand Prix dan menghuni 50 tangga podium. Beliau masih bersaing dalam perlumbaan ketahanan dan disiplin perlumbaan yang lain. Pada tahun 2023, beliau bersaing dalam tiga perlumbaan Siri Piala NASCAR, termasuk memandu kereta biasa terubah suai pada edisi ke-100 24 Jam di Le Mans. Menjadi Testimoni Rolex sejak tahun 2021, pemandu ini mempunyai hubungan istimewa dengan Cosmograph Daytona: beliau membeli satu untuk dirinya pada usia 20 tahun dan kini memakai jam tangan yang diberikan kepada bapanya sempena hari jadinya yang ke-70.

Jenson Button
Perlumbaan Daytona

Jamie Chadwick
Lahirnya seorang juara

Jamie Chadwick belum berusia 16 tahun lagi ketika beliau memenangi perlumbaan Silverstone 24 Jam pada tahun 2015. Kemenangan itu menjadikan beliau juara wanita pertama Kejohanan GT British, sekali gus pemenang termuda bagi siri ini. Tiga tahun kemudian, di litar Brands Hatch, wanita Inggeris muda ini memperoleh kemenangan pertama wanita dalam F3 British®.. Selaku pemenang tiga kali Siri W, iaitu kejohanan Formula 3® wanita, Chadwick merupakan pemandu penguji bagi pasukan Williams Racing dalam Formula 1®. Pada tahun 2023, beliau akan mengambil bahagian dalam kejohanan Indy NXT, pelopor bagi Siri IndyCar, bersama pasukan Andretti. Beliau menjadi Testimoni Rolex sejak tahun 2022 dan salah satu jam tangan kegemarannya ialah Cosmograph Daytona.

Jamie Chadwick
Le Mans

Tom Kristensen
Semangat ketahanan

Antara 1997 hingga 2013, pemandu perlumbaan Denmark ini mencatat sembilan rekod kemenangan pada 24 Jam di Le Mans, perlumbaan ketahanan kereta tertua dan paling berprestij di dunia. Digelar sebagai “Mr Le Mans”, ikon sukan ini turut menang enam kali pada 12 Jam di Sebring yang diadakan setiap tahun di Florida. Selaku seorang Testimoni Rolex sejak 2010, Kristensen ialah juara dunia perlumbaan ketahanan pada tahun 2013 dan dinobatkan sebagai Marsyal Ulung pada Rolex 24 Di DAYTONA 2016. Ujarnya: “Kronograf ini memiliki sejarah dan kelas yang difahami dan disanjung oleh semua orang yang ingin mengungguli sukan permotoran. Setiap pemandu mahu memenangi Rolex Daytona ‘mereka’.”

Tom Kristensen