Cosmograph Daytona

Ketahanan yang unggul

Jam tangan atau legenda?

Dilancarkan pada tahun 1963, status Cosmograph Daytona telah lama utuh dalam dunia pembuatan jam untuk menjadi satu ikon. Nama yang berkait rapat dengan litar lumba terkenal serta rupa fizikal telah menjadikan jam ini sebagai satu legenda. Namun, nadi sebenar kronograf yang luar biasa ini ialah denyutan mekanisme: gerakan yang direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh Pengeluar Rolex yang memberikan prestasi superlatif dalam semua keadaan. Ditambah baik dan diperhalus secara berterusan, Cosmograph Daytona telah terbukti boleh dipercayai, malahan tepat.

Cosmograph Daytona
Ambiens Cosmograph Daytona

Kronograf yang luar biasa

Cosmograph Daytona ialah lambang kepakaran Rolex dan menonjol kerana ketepatan kronometri serta kebolehpercayaan yang tiada tandingan. Selama bertahun-tahun, jurutera Rolex mengusahakan reka bentuk dan pembangunan kaliber 4130 yang telah dioptimumkan untuk menjadi kaliber 4131 pada tahun 2023. Adaptasi kaliber 4131, iaitu kaliber 4132, turut dilancarkan pada tahun yang sama. Sejak dicipta, kaliber yang terdiri daripada hanya sedikit bahagian ini telah terbukti sebagai salah satu kaliber yang paling cekap dan teguh di dunia.

Tambahan pula, seni bina yang dipermudah mewujudkan ruang untuk barel, lantas menyediakan rizab kuasa selama kira-kira 72 jam. Di samping itu, mekanisme klac menegak menjamin operasi kronograf yang berpanjangan tanpa menjejaskan ketepatan kronometri. Mekanisme ini disempurnakan oleh prestasi bolosan Chronergy dan pegas rambut Parachrom yang cemerlang. Kualiti kedap udara penutup Oyster dikekalkan oleh penolak yang diskrukan dan putaran jam Triplock yang dilengkapi dengan sistem kekalisan air ganda tiga.

Kronograf yang dihasilkan di dalam bengkel Rolex.

Anda mesti bertenang tetapi anda juga mesti bertindak dan tidak gentar; anda mesti maju dengan berani.

Hans Wilsdorf
Roleverose Cosmograph Daytona
Gerakan yang cemerlang

Gerakan yang cemerlang

Di sebalik reka bentuk legenda Cosmograph Daytona, terdapat kisah moden pembuatan jam tangan Switzerland. Pada mulanya dilengkapi dengan gerakan Valjoux, Cosmograph Daytona dipasang dengan kaliber 4030 pada tahun 1988 yang diadaptasi daripada kaliber Zenith El Primero, gerakan kronograf automatik berfrekuensi tinggi yang pertama di dunia. Jurutera Rolex berusaha mengoptimumkan kaliber ini – dengan mengurangkan frekuensi kepada 4 Hz – bagi menjamin keteguhan dan kebolehpercayaan dari masa ke masa. Pada tahun 2000, pelancaran kaliber 4130 Rolex (yang menjadi 4131, pada tahun 2023, atau atau 4132 pada beberapa versi istimewa model) meneruskan usaha memburu kecemerlangan yang dimulakan oleh pengasas jenama ini, Hans Wilsdorf. Dibangunkan dan dihasilkan oleh Rolex, kaliber ini terbukti boleh dipercayai dan tahan lama walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.

Reka bentuk Cosmograph Daytona yang tersendiri telah menjadi satu ikon.

Kronograf yang luar biasa

Reka bentuk legenda

Bezel, trek minit dan tiga pembilang: ciri ikonografi lima bulatan ini ialah lambang bagi Cosmograph Daytona. Permukaan dengan latar belakang putih dan pembilang hitam, kadang-kadang dikenali sebagai “Panda” oleh pengumpul telah menjadi satu unsur klasik. Sebahagian status legenda diperoleh apabila jam ini dipakai di pergelangan tangan ikon Hollywood, pemandu lumba berpengalaman dan usahawan sosial perintis, Paul Newman.

Dari masa ke masa, reka bentuk permukaan, kombinasi warna dan seni bina penutup telah diolah semula secara berkala bagi menyerlahkan lagi keanggunan model ini. Ciri-ciri jam ini juga membolehkan Pengeluar ini mempamerkan kepakaran terulung dalam beberapa bidang yang sangat pelbagai. Ini termasuklah teknologi canggih, dengan skala takimetri kini diacu ke dalam sisipan bezel Cerachrom seramik berteknologi tinggi dan kraf artistik, terutamanya pada versi bezel emas bertatahkan 36 nilam dengan peringkatan warna ala pelangi. Antara semua versi, reka bentuk Cosmograph Daytona mengabadikan legenda kronograf unik ini.

Mula-mula, anda harus tahu apa yang anda inginkan, kemudian anda mesti bekerja keras untuk mendapatkannya. Keazaman untuk berjaya, merealisasikan keazaman itu, adalah sangat penting.

Hans Wilsdorf
Cosmograph Daytona

Lain daripada yang lain

Daripada nama sahaja, ternyata Cosmograph Daytona berhubung kait dengan sukan permotoran. Ditulis dalam huruf besar berwarna merah di atas pembilang saat kecil, perkataan “Daytona” merujuk kepada pantai Florida tempat terciptanya rekod kelajuan pertama di bumi Amerika Syarikat. Kini menjadi litar lumba tersohor dunia, Daytona telah banyak mencetuskan ilham buat legenda kronograf ini. Namun, jam ini dibina bukan sahaja untuk perlumbaan. Malah melambangkan keazaman mereka yang memilih untuk mengikuti kata hati mereka sendiri.

  • Mother of Pearl
    Discover
  • White Dial Cosmograph Daytona
    Discover