Piala Ryder

Kisah dua benua

Kegamatan suasana dan ganjaran yang dipertaruhkan menjadikan Piala Ryder acara istimewa yang menguji kehandalan pemain terbaik dunia.

Dirasmikan pada tahun 1927, Piala Ryder ialah salah satu acara sukan yang meraih tontonan tertinggi di dunia. Setiap dua tahun, pertandingan berpasukan ini menyaksikan Eropah menentang Amerika Syarikat. Acara ini dipertandingkan secara bergilir-gilir di setiap benua dan menampilkan beberapa pemain golf terbaik dunia, yang berpengalaman dan juga bakat muda. Setiap pasukan diketuai oleh bekas juara yang bertindak sebagai kapten yang tidak akan bermain.

transatlantik

Dalam perlawanan yang merentasi Atlantik ini, semangat berpasukan, perpaduan dan keakraban antara generasi adalah amat penting.

bendera
Pemain golf handalan

Piala Ryder menampilkan pemain golf terbaik dari kedua-dua belah Atlantik.

Trofi

Semangat berpasukan

Konsep unik Piala Ryder – pertandingan selama tiga hari, perlawanan berpasangan dan perseorangan, tanpa hadiah wang – mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama yang mengatasi persaingan biasa dalam arena golf profesional. Piala Ryder menyatukan pemain dan peminat demi menyokong pasukan yang sama, lantas mewujudkan suasana yang lain daripada yang lain.

Rolex telah menyokong Piala Ryder sejak tahun 1995.

Luke Donald

Piala Ryder ialah bentuk pertandingan golf yang paling tulen. Kami bermain banyak kejohanan individu tetapi untuk bersatu sebagai satu pasukan dan melakukan sesuatu untuk kolektif dan bukannya diri sendiri adalah istimewa.

Luke Donald, kapten pasukan Eropah yang memenangi Piala Ryder 2023