Pertunjukan lompat kuda Grand Slam Rolex

Cabaran terbesar

Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex yang dilancarkan pada 2013 memberikan ganjaran kepada penunggang cemerlang yang memenangi tiga daripada empat acara Utama berturut-turut – Masters Belanda di ’s-Hertogenbosch, Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows di Calgary, CHIO Aachen dan CHI Geneva. Dianggap sebagai cabaran terbesar ekuestrian, acara ini memberikan ganjaran kepada penunggang terbaik dengan bonus bernilai €1 juta. Sehingga kini, Scott Brash dari Scotland adalah satu-satunya pesaing yang mencapai kejayaan itu, setelah melakukannya pada tahun 2014 dan 2015. Jika keempat-empat acara Utama dimenangi berturut-turut, bonus €1 juta lagi akan diberikan.

Masters Belanda

Ditubuhkan pada tahun 1967 dan diadakan di bandar abad pertengahan iaitu ’s-Hertogenbosch, Masters Belanda menarik kombinasi kuda dan penunggang terkemuka dunia. Gabungan pertunjukan lompat kuda dan dressage elit yang hebat telah mengangkat taraf acara ini dalam pertandingan ekuestrian dalam antarabangsa. Rolex telah menjadi Penaja Utama dan Penaja Gelaran Grand Prix Masters Belanda sejak tahun 2014.

Masters Belanda
CHIO Aachen

Pesta Ekuestrian Dunia CHIO Aachen

Satu peristiwa yang istimewa bagi para penunggang, satu pengalaman yang mengagumkan bagi para penonton. CHIO Aachen memiliki daya penarik kerana para pesaing dan penonton sama-sama berseronok dalam suasana yang gamat di arena Aachen Soers yang teragung. Dengan setiap lompatan yang berwibawa, piaffe yang elegan dan pergerakan olahraga yang menakjubkan, Aachen menjadi mercu tanda tradisi ekuestrian dan kecemerlangan. Rolex telah menjadi rakan kongsi Jelajah Eropah selama lebih daripada 20 tahun.

CSIO Spruce Meadows

Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows

Diadakan di Calgary, Kanada, suasana acara yang menakjubkan dipadankan dengan cabaran yang ada paada kemudahan yang luar biasa untuk kuda dan para penunggang terbaik dunia yang bersaing di sana. Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows ini dianggap oleh ramai peminat sebagai acara menunggang kuda terkemuka di Amerika Utara. Rolex telah bergabung dengan acara itu sejak tahun 1989.

CHI Geneva

Rolex telah menjadi Penaja Pembawaan CHI Geneva, salah satu pertandingan paling berprestij dalam dunia ekuestrian, selama lebih daripada 30 tahun. Acara ini menyatukan barisan pelumba elit handalan selama lima hari dengan aksi menarik di arena ekuestrian dalam terbesar di dunia. Dikenali juga sebagai Pertunjukan Kuda Antarabangsa Geneva, acara ini mula dipertandingkan pada tahun 1926 dan telah dipilih sebagai acara lompat dalam terbaik sebanyak 10 kali. Sorotan pertandingan termasuk Grand Prix Rolex dan Peringkat Akhir 10 Teratas Kelab Penunggang Lompat Antarabangsa (IJRC) Rolex.

CHI Geneva