Hubungan istimewa
Hubungan antara Rolex dengan ekuestrian telah dijalinkan pada tahun 1957 dengan penunggang pertunjukan lompat kuda British, Pat Smythe. Selaku Testimoni ekuestrian pertama dan wanita pertama yang memenangi pingat Olimpik pertunjukan lompat kuda, beliau bukan sekadar seorang perintis. Testimoni Rolex hari ini telah menyahut cabaran untuk mengikut jejak langkahnya yang cemerlang. Jenama ini menyokong atlet eventing terkemuka seperti Zara Tindall, atlet dressage termasuk legenda Isabell Werth dan ramai penunggang pertunjukan lompat kuda seperti Rodrigo Pessoa, Testimoni sejak tahun 1999 dan Jessica Springsteen, Testimoni sejak tahun 2022.
Steve Guerdat
Kerjaya yang mengagumkan
Anak kepada penunggang pertunjukan lompat kuda handalan, Steve Guerdat dibesarkan bersama-sama dengan kuda. Kerjaya sukannya telah mencapai kejayaan yang luar biasa. Penunggang Switzerland ini pernah menjadi No. 1 Dunia dalam beberapa acara dan telah mengambil bahagian dalam lima Sukan Olimpik. Beliau memenangi emas perseorangan di Sukan London pada 2012 dengan menunggang Nino des Buissonnet selepas meraih gangsa dalam acara berpasukan di Beijing empat tahun sebelumnya. Guerdat telah mengungguli Akhir FEI Jumping World Cup™ sebanyak tiga kali (2015, 2016, 2019). Beliau juga merangkul tiga gelaran Grand Prix Rolex (2006, 2013, 2015) dan memenangi tiga Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex di CHI Geneva (2010, 2018, 2023). Guerdat juga menggondol juara Kejohanan Eropah perseorangan pertamanya pada 2023.
Testimoni-testimoni Rolex
Akademi Penunggang Muda
Melatih bakal penunggang elit
Akademi Penunggang Muda ialah program yang ditujukan untuk penunggang muda dari seluruh Eropah. Setiap tahun, akademi itu memilih lima hingga 10 pemenang daripada 25 calon yang berumur antara 18 hingga 23 tahun. Program ini memberi mereka peluang untuk berlatih di kandang profesional terbaik di samping menerima arahan dalam bidang ekonomi, komunikasi, veterinar dan amalan undang-undang yang berkaitan dengan pertunjukan lompat kuda. Akademi Penunggang Muda telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh Rolex. Kedua-dua Testimoni Bertram Allen dan Harry Charles pernah berlatih di Akademi.
Kampus CHIO Aachen
Melakar masa depan, mengekalkan disiplin
Kampus CHIO Aachen, yang diwujudkan dengan kerjasama Rolex, telah melatih penunggang muda sejak 2021. Lompat kuda, dressage dan eventing: Program Kecemerlangan di sini melibatkan pelbagai disiplin. Matlamatnya adalah untuk membolehkan generasi juara akan datang dilatih oleh atlet terhebat sukan ini. Testimoni Rolex Isabell Werth – pemenang dua belas pingat Olimpik, termasuk tujuh pingat emas – ialah ketua jurulatih dressage. Dari September hingga Mei, para penunggang menghadiri enam sesi latihan selama tiga atau empat hari. Mereka berpeluang menyertai pelbagai pertandingan junior pada acara musim panas utama, CHIO di Aachen. KAMPUS CHIO Aachen turut menganjurkan acara lain untuk penunggang muda, serta program sijil dalam Pengurusan Kandang Ekuestrian dengan kerjasama Universiti Antarabangsa RWTH di Aachen.