Pasangan semasa

Itulah detik transformasi dan inspirasi kreatif yang begitu meriah.

Program bimbingan Rolex edisi 2023–2024 telah menghasilkan pertukaran artistik yang luar biasa selama dua tahun antara lima artis muda berbakat dan beberapa pelopor terhebat di dunia dalam disiplin mereka. Sepanjang tempoh ini, getaran minda dan jiwa seni berlangsung tatkala mentor menyampaikan kearifan dan pengetahuan kepada protege mereka, meluangkan masa bersama dan saling memberikan ilham. 

Pengukir terkenal Ghana El Anatsui, pengarang British Bernardine Evaristo, pembuat filem China Jia Zhang-Ke, arkitek Perancis Anne Lacaton dan penyanyi jazz Amerika Dianne Reeves, masing-masing membimbing: Artis visual Afrika Selatan Bronwyn Katz, penulis Ghana Ayesha Harruna Attah, pembuat filem Filipina Rafael Manuel, arkitek Lubnan-Armenia Arine Aprahamian, dan penyanyi dan komposer Korea Selatan Song Yi Jeon.

Komitmen Rolex terhadap penyampaian pengetahuan kepada generasi akan datang direalisasikan melalui sokongan terhadap institusi seni dan artis terkemuka di seluruh dunia.

Anne Lacaton dan Arine Aprahamian

SENI BINA

Anne Lacaton dan Arine Aprahamian

Arkitek muda Lubnan-Armenia, Arine Aprahamian mendapat inspirasi mencipta bangunan yang inovatif, mampu milik dan mampan. Falsafahnya secocok dengan arkitek Perancis Anne Lacaton yang memenangi Hadiah Pritzker, yang menyokong pembaharuan berbanding dengan perobohan bangunan. Dalam kerjasama ini, mereka membincangkan projek teori tentang penyepaduan semula rumah terbiar di Bourj Hammoud, Beirut.

Baca artikel di Rolex.org
Jia Zhang-Ke dan Rafael Manuel

FILEM

Jia Zhang-Ke dan Rafael Manuel

Pembikin filem muda Filipina, Rafael Manuel bekerjasama selama dua tahun dengan pengarah terkenal China, Jia Zhang-Ke melalui program bimbingan Rolex. Manuel memenangi Hadiah Juri Beruang Perak sempena Festival Filem Antarabangsa Berlin 2020 menerusi filem pendek Filipiñana. Beliau kini sedang mengusahakan filem cereka pertamanya: versi Filipiñana dan Patrimonio yang lebih panjang.

Baca artikel di Rolex.org
Bernardine Evaristo dan Ayesha Harruna Attah

KESUSASTERAAN

Bernardine Evaristo dan Ayesha Harruna Attah

Selepas menamatkan pengajian di AS, Ayesha Harruna Attah kembali ke Afrika dengan misi menulis cerita Afrika untuk pembaca Afrika. Selepas menghasilkan lima buku, beliau mahu menjangkau kalangan pembaca yang lebih luas. Pengarang Bernardine Evaristo yang memenangi Hadiah Booker menasihatinya tentang cara merapatkan jurang antara kehidupannya yang terpencil di Senegal dengan peluang yang tersedia dalam arena penerbitan antarabangsa.

Baca artikel di Rolex.org
Dianne Reeves dan Song Yi Jeon

MUZIK

Dianne Reeves dan Song Yi Jeon

Bagi penyanyi jazz Dianne Reeves selaku pemenang Anugerah Grammy sebanyak lima kali, cara terbaik untuk membimbing komposer dan penyanyi jazz Korea Selatan Song Yi Jeon adalah dengan menjemput Song Yi Jeon membuat persembahan bersama kumpulannya. Song Yi Jeon menyertai Dianne dalam dua jelajah Eropah sambil menyelami makna menjadi seorang artis.

Baca artikel di Rolex.org
El Anatsui dan Bronwyn Katz

SENI VISUAL

El Anatsui dan Bronwyn Katz

El Anatsui dan artis Afrika Selatan Bronwyn Katz berkongsi minat mencipta semula bahan terbuang untuk mencerminkan kemanusiaan, sejarah dan planet ini. Sumbangan untuk membaharui dunia ialah tanggungjawab terpenting seorang artis, ujar pengukir terkenal Ghana itu.

Baca artikel di Rolex.org