Yacht-Master 42

Oyster, 42 mm, emas putih

Rujukan 226659

Tetap pada haluan

Oyster Perpetual Yacht-Master 42 dalam emas putih 18 karat, dengan permukaan mata falkon dan rantai Oysterflex.

Rantai Oysterflex

Sangat tahan lasak dan tahan lama

Rantai Oysterflex Yacht-Master baharu, dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan manakala pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur.

Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock emas putih 18 karat. Rantai ini juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka oleh Rolex dan dipatenkan. Mekanisme bergigi inventif yang disepadukan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus bagi panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.

Emas putih 18 karat

Komitmen untuk mencapai kecemerlangan

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih.

Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Permukaan mata falkon

Keterbacaan luar biasa

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, Yacht-Master 42menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight.

Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Bezel boleh putar dwiarah

Pemasaan jarak

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir.

Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.

Lagi butiran teknikal Yacht-Master

Rujukan 226659

Yacht-Master 42

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.