Sea-Dweller

Oyster, 43 mm, Oystersteel dan emas kuning

Rujukan 126603

Penghuni laut dalam

Oyster Perpetual Sea-Dweller dalam Oystersteel dan emas kuning, dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hitam dan rantai Oyster.

Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau

Jam tangan penyelam legenda

Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Sea-Dweller membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat.

Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan emas yang nipis. Permukaan hitam berkilat menampilkan penanda dan jarum jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar mudah dibaca dalam keadaan gelap.

Permukaan hitam terang

Diilhamkan oleh yang asal

Permukaan hitam Sea-Dweller mempunyai jarum yang besar dan indeks yang dikhaskan untuk model profesional Rolex. Nama Sea-Dweller diukir pada permukaan hitam dalam warna kuning, yang meniru warna kuning emas.

Semasa Sea-Dweller dikemas kini pada 2017, tulisan ini berwarna merah yang merujuk kepada model asal. Paparan Chromalight pada permukaan ialah satu inovasi yang menjangkaui sempadan penglihatan dalam persekitaran yang gelap. Cahaya birunya tahan hingga lapan jam dengan kecerahan seragam, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding dengan bahan pendarkilau standard.

Rolesor kuning

Gabungan dua bahan logam

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.

Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.

Ia dilengkapi dengan pengancing Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, dan Glidelock yang bijak, yang membolehkan pelarasan halus rantai tanpa menggunakan apa-apa alatan - dan membolehkan jam tangan selesa dipakai bersama pakaian selam.

Lagi butiran teknikal Sea-Dweller

Rujukan 126603

Sea-Dweller

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.