Oyster Perpetual 31

Oyster, 31 mm, Oystersteel

Rujukan 277200

Hayati dunia Oyster anda

Oyster Perpetual 31 dengan permukaan biru firus, bermotifkan Perayaan dan rantai Oyster.

Permukaan biru firus

Motif Perayaan

Dinamakan ‘Perayaan’, motif serba baharu ini boleh didapati untuk Oyster Perpetual 31, Oyster Perpetual 36 dan Oyster Perpetual 41.

Terdiri daripada gelembung beraneka saiz dengan tepi berwarna hitam, tataan ini menyelubungi warna terang pada permukaan berlakuer yang diperkenalkan pada tahun 2020, menjadikan biru firus sebagai warna latar belakang, manakala merah jambu kandi, kuning, merah karang dan hijau untuk warna gelembung.

Oystersteel

Sangat tahan kakisan

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.

Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.

Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.

Lagi butiran teknikal Oyster Perpetual

Rujukan 277200

Oyster Perpetual 31

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.