Oyster Perpetual
Bentuk dan fungsi abadi
Menampilkan jam, minit dan saat yang dihasilkan secara eksklusif daripada Oystersteel serta menampilkan kemasan yang canggih, ini ialah jam tangan kronometer dalam bentuk paling tulen.
Paparan Chromalight
Model-model Oyster Perpetual mempunyai paparan Chromalight: jarum dan penanda jam dilapisi atau diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang berpanjangan dalam keadaan gelap.
Jam tangan ini memanfaatkan semua ciri asas koleksi Oyster Perpetual – ketepatan kronometri yang hebat, penutup Oyster kalis air serta gerakan automatik melalui rotor Perpetual.
Oyster Perpetual
- Direka khas untuk Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam bidang teknologi canggih seperti industri ruang angkasa dan kimia. Oystersteel sangat tahan kakisan dan memberikan kilauan luar biasa serta mengekalkan sinaran walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
- Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster Perpetual. Untuk model-model Oyster Perpetual, rantai Oyster dipasang dengan Oysterclasp, serta pautan sambungan keselesaan Easylink yang membolehkan pemakai menambah panjang rantai dengan mudah hingga kira-kira 5 mm, agar lebih selesa dalam apa-apa keadaan.
- Oyster Perpetual boleh didapati dalam lima saiz – 28, 31, 34, 36 dan 41 mm – menyediakan pilihan diameter yang paling besar untuk barisan Rolex. Penutup Oyster yang diperbuat daripada Oystersteel dipasang dengan bezel kubah.
Rotor Perpetual
Pada tahun 1931, Rolex melancarkan mekanisme automatik dengan rotor bebas yang direka untuk digunakan dalam jam tangan. Dikenali sebagai rotor Perpetual, sistem yang dipatenkan ini terdiri daripada pemberat berayun berbentuk separuh bulan, yang berputar pada kedua-dua arah apabila pemakai menggerakkan pergelangan tangan mereka, lalu memutarkan pegas utama. Komponen ini menyimpan dan sentiasa membebaskan tenaga yang diterima, yang meningkatkan ketepatan organ pengawalaturan.
Kaliber 3230 dan 2232
Gerakan superlatif
- Oyster Perpetual 41 dan versi baharu Oyster Perpetual 36 dilengkapi dengan kaliber 3230, gerakan yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex, dilancarkan oleh jenama ini pada tahun 2020. Sebagai peneraju teknologi pembuatan jam tangan, gerakan mekanikal automatik ini telah mendaftarkan beberapa paten dan menawarkan kelebihan dari segi ketepatan, rizab kuasa, ketahanan terhadap kejutan dan medan magnet, kemudahan penggunaan serta kebolehpercayaan. Gerakan ini dilengkapi dengan modul automatik melalui rotor Perpetual. Dengan adanya seni bina barel dan kecekapan pelepas yang sangat tinggi, rizab kuasanya mampu bertahan selama kira-kira 70 jam.
- Diperkenalkan pada tahun 2020, kaliber 2232 ialah gerakan mekanikal automatik generasi baharu yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Dipasang dengan pegas rambut Syloxi dalam silikon dan dipatenkan, gerakan ini menawarkan tahap prestasi kronometri yang cemerlang. Tidak sensitif terhadap medan magnet, pegas rambut Syloxi menawarkan kestabilan yang hebat dalam mengatasi variasi suhu dan ketepatan yang kekal hingga 10 kali ganda daripada pegas rambut tradisional sekiranya kejutan terjadi. Geometri yang dipatenkan memastikan pegas rambut itu tidak berubah dalam apa-apa keadaan.