GMT-Master II

Oyster, 40 mm, Oystersteel

Rujukan 126710BLRO

Berputar seiring dunia

Oyster Perpetual GMT-Master II dalam Oystersteel, dengan permukaan hitam dan rantai Oyster.

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Inovasi berteknologi tinggi

Model ini mempunyai permukaan hitam dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik merah dan biru dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam.

Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

Permukaan hitam

Kejelasan yang tinggi dalam semua keadaan

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya dalam kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight.

Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Oystersteel

Sangat tahan kakisan

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.

Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.

Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Lagi butiran teknikal GMT-Master II

Rujukan 126710BLRO

GMT-Master II

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.