Day-Date 40

Oyster, 40 mm, platinum

Rujukan 228236

Pencapaian idaman

Oyster Perpetual Day-Date 40 dalam platinum dengan permukaan Zaitun hijau, bezel berjejalur dan rantai President.

Bezel berjejalur

Tanda pengenalan Rolex

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.

Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 40 ini.

Permukaan Hijau Zaitun

Satu teknik pembuatan jam tangan

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan.

Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

Platinum

Logam adi terunggul

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa.

Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.

Rantai President

Kehalusan yang muktamad

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.

Lagi butiran teknikal Day-Date

Rujukan 228236

Day-Date 40

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.