Day-Date 40

Oyster, 40 mm, emas Everose

Rujukan 228235

Pencapaian idaman

Oyster Perpetual Day-Date 40 dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan Eisenkiesel, set berlian, bezel berjejalur dan rantai President.

Permukaan eisenkiesel

Kuarza berurat halus

Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Oyster Perpetual Day-Date 40 dipersembahkan dengan permukaan yang diperbuat daripada eisenkiesel, batu hiasan berwarna perang tua yang digunakan oleh jenama itu buat kali pertama pada tahun 2021.

Eisenkiesel ialah besi oksida, kuarza berurat halus. Cakera batu yang akan digunakan untuk membuat permukaan dipotong daripada bongkah bahan mentah. Hanya batuan dengan warna dan struktur yang benar-benar memenuhi syarat estetik jenama yang akan dipilih. Batuan ini akan menghiasi permukaan jam tangan Rolex, lantas menerapkan personaliti yang unik.

Bezel berjejalur

Tanda pengenalan Rolex

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.

Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 40 ini.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai President

Kehalusan yang muktamad

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.

Lagi butiran teknikal Day-Date

Rujukan 228235

Day-Date 40

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.