Day-Date 36
Oyster, 36 mm, platinum
Rujukan 128236
Pencapaian idaman
Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam platinum dengan permukaan opal merah jambu, dipasangkan dengan berlian, bezel berjejalur dan rantai President.
Permukaan merah jambu opal
Batu hiasan
Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat yang bertatahkan 32 berlian, dan Roman VI dan IX dalam 18 karat emas yang bertatahkan 24 berlian. Rolex telah membangunkan kepakaran khas dalam penciptaan permukaan yang diperbuat daripada batu hiasan, seperti opal merah jambu.
Cakera batu yang akan digunakan untuk membuat permukaan dipotong daripada bongkah bahan mentah. Hanya batuan dengan warna dan struktur yang benar-benar memenuhi syarat estetik jenama yang akan dipilih. Batuan ini akan menghiasi permukaan jam tangan Rolex, lantas menerapkan personaliti yang unik.
Bezel berjejalur
Tanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 36 ini.
Platinum
Logam adi terunggul
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa.
Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
Rantai President
Kehalusan yang muktamad
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.
Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.
Lagi butiran teknikal Day-Date
Rujukan 128236
Day-Date 36
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.