Day-Date 36
Oyster, 36 mm, emas Everose
Rujukan 128235
Pencapaian idaman
Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan berturapkan berlian, bezel berjejalur dan rantai President.
Permukaan Bertatah Berlian
Kegemerlapan yang optimum
Permukaan ini mempunyai 10 batu nilam yang berpotongan baguette dan berwarna pelangi. Berlian, nilam, delima, zamrud – batu terunggul dan paling berharga dipilih untuk menghiasi jam tangan Rolex. Jenama ini memiliki kepakaran dalaman dan peralatan yang membolehkan kerja memperindah mana-mana model dalam katalognya.
Mula-mula, ahli gemologi yang berpengalaman memilih batu permata yang berkualiti tinggi. Untuk ini, mereka boleh bergantung pada pertimbangan mereka sendiri yang berpengalaman serta peralatan analisis yang terkini. Batu-batu itu kemudiannya diserahkan kepada penghias permata, yang meletakkan setiap batu berharga dengan teliti pada jam tangan secara manual, satu demi satu, bagi memastikan ketepatan dalam seperseratus milimeter. Toleransi yang ketat itu menjamin bahawa setiap batu bersinar dengan kecerahan optimum dan serasi dengan hiasan lain yang berhampiran. Ketelitian yang memakan masa ini, yang mungkin diulang ratusan kali, memastikan setiap jam tangan bertatahkan permata yang dihasilkan oleh Rolex bergemerlapan dengan keamatan yang luar biasa dan mencerminkan standard kecemerlangan yang diperlukan oleh jenama.
Bezel berjejalur
Tanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.
Emas Everose 18 karat
Paten eksklusif
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.
Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Rantai President
Kehalusan yang muktamad
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.
Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.
Lagi butiran teknikal Day-Date
Rujukan 128235
Day-Date 36
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.