Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Keyakinan kami terhadap jaminan kualiti kami yang ketat membolehkan kami memberikan jaminan antarabangsa selama lima tahun untuk semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami.
Jaminan lima tahun antarabangsa Rolex dikeluarkan sendiri oleh Rolex yang akan dilengkapkan serta diberikan tarikh oleh Peruncit Rasmi Rolex anda pada masa pembelian dan didaftarkan dengan Rolex.
Jaminan hanya sah jika (1) jam tangan dijual oleh Peruncit Rasmi Rolex; (2) kad jaminan telah lengkap diisi oleh Peruncit Rasmi Rolex pada masa pembelian; dan (3) kad jaminan dibawa bersama jam tangan, sama ada ke Peruncit Rasmi Rolex atau Pusat Perkhidmatan Rasmi Rolex.