Legasi yang harus dilindungi
Hampir 30 tahun yang lalu, Pemenang Anugerah Rolex untuk Perusahaan José Márcio Ayres telah mewujudkan kawasan hutan hujan terpelihara yang terbesar di dunia. Walaupun beliau meninggal dunia pada tahun 2003, legasinya kekal di tengah-tengah Amazon.
Di tengah-tengah Amazon, Brazil, terletak hamparan hutan hujan terlindung yang lebih besar daripada Costa Rica, kanopi asli yang luas yang penuh dengan hidupan: Rizab Pembangunan Mampan Mamirauá. Ini ialah satu kejayaan besar bukan sahaja kerana keluasan, malah kerana pendekatan baharu dalam pemuliharaan. Rizab ini ialah cetusan idea ahli primatologi Brazil, ahli pemuliharaan dan Pemenang Anugerah Rolex José Márcio Ayres.