Beth Koigi

Mengekstrak air daripada udara

Usahawan Kenya, Beth Koigi menggunakan satu teknologi yang menangani salah satu masalah yang paling meruncing dan rumit di dunia: kekurangan air. Penjana air atmosfera (AWG) ciptaannya menarik, menapis dan memineralkan air daripada udara, semuanya dalam satu unit, yang dikuasakan oleh tenaga suria. Syarikatnya, Majik Water, sedang memasang mesin di kawasan tandus dan separa tandus untuk menyediakan sumber penting ini kepada mereka yang amat memerlukan.


Dibesarkan di Limuru, Kenya yang subur, Koigi dikelilingi oleh air tawar yang banyak. Selepas meninggalkan kampung halaman untuk ke universiti, beliau terkejut apabila menyedari banyak kawasan yang tandus di negara itu, dan rakyatnya sukar mendapatkan air. Beliau mereka bentuk sistem penapisan air yang mudah dan berpatutan dan mula mengembara serta menjual alat ini di sekitar Kenya. Namun begitu, beliau kemudian mendapati bahawa penapis air buatannya tidak mampu menyelesaikan masalah itu sepenuhnya kerana lebih daripada 50 peratus penduduk di negara Afrika Timur itu tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Beth Koigi
Beth Koigi