Kamera Hanyut Azor

Penyelidikan laut dalam semakin mudah

Kumpulan Penyelidikan Laut Dalam Azores secara saintifik mendokumentasikan dasar lautan dalam menerusi kaedah baharu, dengan adanya platform video hanyutnya, kamera hanyut Azor. Dengan sokongan daripada Inisiatif Planet Abadi Rolex, Azores merevolusikan peralatan penyelidikan yang diperlukan untuk melindungi lautan.


Ketika berumur 21 tahun, Telmo Morato berpindah ke Azores dari kampung halamannya di Porto, Portugal. Rancangannya adalah untuk menetap sebentar bagi projek penyelidikan marin jangka pendek, tetapi tiga dekad kemudian, beliau masih meneroka kepulauan unik ini, yang lain daripada yang lain. Terletak di tengah-tengah Lautan Atlantik, kawasan ini adalah antara tempat paling terpencil di dunia. Terkenal sebagai kawasan penting biodiversiti, gunung laut bawah laut yang membentuk pulau-pulau di kepulauan itu menyediakan habitat unik untuk semua jenis hidupan marin.

Kamera Hanyut Azor
Kamera Hanyut Azor