La Biennale di Venezia

La Biennale di Venezia

Pameran Seni Bina Antarabangsa

Sejak 2014, Rolex telah berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Eksklusif dan Jam Tangan Rasmi Pameran Seni Bina Antarabangsa – La Biennale di Venezia. Sokongan syarikat ini mempamerkan dedikasi terhadap kecemerlangan dalam reka bentuk dan kelestarian. Biennale dibuka hingga 26 November 2023.

Pavilion Rolex

Reka bentuk Pavilion Rolex di Giardini, yang mirip bezel berjejalur – gaya estetik tersendiri pada beberapa jam tangan jenama – menekankan lagi hubungan yang erat antara seni bina dengan pembuatan jam.

Pameran pada tahun 2023

Pavilion Rolex

Pada tahun 2023, pameran di Pavilion menyerlahkan bahan canggih yang digunakan oleh jenama itu di butik-butik seluruh dunia. Dunia Rolex dipenuhi dengan bahan terbaik yang terdiri daripada marmar, travertin, stuko dan kaca yang sebahagian besarnya dihasilkan oleh tukang di Itali.

Pavilion Rolex

Pengubahsuaian halus pada Centenary Hall Melbourne yang menempatkan Rolex Australia telah menunjukkan cara garapan yang mahir mampu melindungi bangunan bersejarah dan meningkatkan prestasi persekitaran. Dengan kerjasama Rolex, arkitek tempatan Peter Miglis dari Woods Bagot telah memulihkan bangunan hiasan seni sambil menerapkan kelestarian standard emas. Setiap aras memiliki personaliti tersendiri yang merujuk kepada Rolex – jam tangan dan kraf – tanpa menjejaskan unsur estetik Hall.

Bangunan Melbourne
RMP

Pemindahan pengetahuan untuk kebaikan generasi akan datang adalah penting bagi Rolex. Program bimbingan Rolex yang menggandingkan artis muda dengan tokoh dalam disiplin mereka untuk tempoh bimbingan satu dengan satu, sedang meraikan ulang tahun yang ke-20. Pameran yang menampilkan enam pasangan yang telah bekerjasama setakat ini. Arkitek yang pernah bertindak sebagai mentor ialah: Álvaro Siza, Kazuyo Sejima, Peter Zumthor, Sir David Chipperfield, Sir David Adjaye dan Anne Lacaton.