Sky-Dweller
Oyster, 42 mm, emas Everose
Rujukan 336935
Terbang tinggi
Oyster Perpetual Sky-Dweller dalam emas Everose 18 karat, dengan permukaan biru hijau dan rantai Oyster.
Permukaan biru hijau
Satu ciri menonjol
Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain.
Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.
Bezel Berjejalur
Tanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur menjadi tanda perbezaan, lazimnya disaluti emas. Sky-Dweller dilengkapi dengan mekanisme interaksi antara bezel boleh putar, putaran jam dan gerakan: sistem Ring Command yang membolehkan pemakai memilih serta menetapkan fungsi jam tangan satu demi satu dengan mudah, cepat dan selamat.
Emas Everose 18 karat
Paten eksklusif
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.
Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Sky-Dweller dipasang pada pautan kukuh rantai Oyster dalam Oystersteel, dalam penutup versi Rolesor putih, ataupun versi Rolesor kuning, iaitu rantai Oyster yang menggabungkan Oystersteel dan emas kuning.
Rantai Oyster memanfaatkan sistem pemasangan terlindung yang terletak di bawah bezel untuk memastikan kesinambungan visual yang tidak berkelim dan selanjar di antara rantai dengan penutup. Rantai ini dilengkapi dengan Oysterclasp lipat dan juga bercirikan sistem sambungan cepat Easylink yang dipatenkan yang membolehkan pemakai menyesuaikan panjang rantai dengan mudah hingga kira-kira 5 mm, agar lebih selesa dalam apa-apa keadaan.
Lagi butiran teknikal Sky-Dweller
Rujukan 336935
Sky-Dweller
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.